Thursday, 5 December 2013

~KENALI TUHAN YANG MENGUJI MU!~

Apabila ujian kesakitan, perpisahan, kegagalan, kemiskinan datang bertimpa-timpa, terdetik juga kata di dalam hati, 
“apakah Tuhan masih sayangkan aku? Kenapa aku diuji seberat dan sekerap begini? ” 
Subhanallah, tanpa disedari seolah-olah kita sudah mempersoalkan kuasa Tuhan, padahal kita hanyalah hambaNya. Hamba tidak berhak menyoal, sebaliknya akan disoal. Namun, itulah kelemahan manusia. Kita sering alpa dan terlupa.

Paling malang, manusia kerap terlupa bahawa dirinya hamba. Terutamanya ketika diuji. Sebab itu Allah mengajar kita agar mengucapkan kalimah ‘istirja’ setiap kali diuji…

Innalillah wa inna ilahihi rajiun
“kami ini milik Allah, kepadaNya kami akan dikembalikan.” 

Ya, inilah kalimah yang mengingatkan bahawa kita ini milik Tuhan, Tuhan layak menguji kita dan kita layak diuji. Jangan sekali-kali menolak apalagi ‘mengamuk’ apabila diuji. 
Kita hanya hamba… 

Namun untuk meringankan kepedihan ujian yang menimpa, hendak kita mengenal Allah yang memberi ujian itu. Kenali lah sifat ilmu, kasih-sayang dan belas ihsan Allah yang Maha hebat. Sebagai hamba ilmu kita terbatas, ilmu Allah yang Maha Luas. Kasih sayang kita cuma seraut, kasih sayang Allah selaut. Orang yang mengenal Allah, akan mencintaiNya. Bila sudah cinta, kuranglah derita diuji. Bukankah cinta itu buta?

Orang yang mengenal kasih-sayang Allah punya keyakinan bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik. Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang, tidak akan memberi sesuatu yang buruk untuk hamba-Nya. Justeru, hamba yang baik tidak akan berburuk sangka terhadap Allah dengan merasakan apa yang ditakdirkanNya (ujian) itu ialah sesuatu yang tidak baik.

Yakinlah bahawa semua ketentuan Allah itu adalah baik. 
Ujian itu pasti ada kemuslihatan yang tersembunyi untuk setiap kita. Pilihan Allah untuk kita adalah yang terbaik, cuma kita tidak atau belum mengetahuinya. Bila berlaku nanti, barulah kita tersedar, 
"ya Allah mujur Kau takdirkan begitu. "
Kata arifbillah (orang yang mengenal Allah), “sekiranya kita merasakan kasih sayang Allah itu terpisah apabila DIA menguji kita, itu petanda tumpulnya akal, butanya mata hati.”

Diantara hikmah ujian, seseorang akan dapat menambah tumpuan dan tujuannya untuk menjadi hamba Allah. Yang mana selama ini, jalan itu disekat oleh hawa nafsu. Sebab ujian bertentangan dengan kehendak, keinginan nafsu dan syahwat manusia. Nafsu yang buas dan liar untuk melakukan maksiat itu tidak suka pada sakit, rugi, miskin dan lain-lain. Lalu apabila diuji, nafsu itulah yang terdesak, tidak senang dan ingin segera terlepas daripada ujian itu.

Jadi, apabila nafsu terdesak, hati akan dan akal terbuka. Inilah jalan kebaikan, kerana ajakan untuk melakukan kejahatan akan turut tertahan, kerana nafsu itu sangat mengajak pada kejahatan. Ujian itu sesugguhnya akan melemahkankan nafsu, menghilangkan kekuatannya serta batalkan kudratnya. Bila nafsu lemah, manusia tidak akan jatuh ke lembah dosa – mengejar keseronokan dunia sehingga melupakan batasan syariat.

Ujian juga menimbulkan rasa taat kepada Allah. Hati tidak dapat tidak mesti bersabar. Hati akan terdidik untuk redha dan tawakal, kerana Qada dan Qadar-Nya mesti berlaku. Manusia akan lebih dekat dengan agama, kepentingan akhirat, cinta kepada Allah. Hikmah ini walaupun sebesar zarah tetapi apabila melekat di hati kebaikannya lebih tinggi dari amal lahiriah walaupun sebesar gunung. Inilah kebaikan di sebalik kepahitan ujian. Justeru, Allah berfirman:

“…Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan sesuatu itu merosakkan kamu. Dan Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak tahu.” (Surah Al Baqarah : 216).

Dengan ujian juga, Allah ‘membersihkan’ kotoran hati manusia. Ujian itu menghapuskan dosa dan kesalahan terhadap Allah seperti bahan pencuci membersihkan kain yang kotor. Nabi Isa pernah berkata, “belum dikatakan seorang itu kenal Allah, sebelum dia bergembira dengan musibah dan penyakit ke atas dirinya, kerana berharap supaya dihapuskan kesalahannya.”

Bila kita benci dengan ujian, ertinya belum kenal Allah dan (kerana) tidak faham itulah cara (kaedah) Allah mengampunkan dan membersihkan dosa-dosa kita. Ya, seolah-olah orang yang yang benci diuji itu tidak suka dibersihkan daripada dosa-dosa atau apakah dia merasa tidak berdosa? Sebaliknya, apabila kita gembira (menerima dengan baik) ujian itu, kerana yakin bahawa yang datangkan ujian itu juga daripada Allah. Kita bukan sahaja berikhtiar (berusaha) untuk menghilangnya tetapi juga berusaha untuk mendapatkan hikmahnya.

Rasulullah SAW bersabda, “barang siapa yang dikehendaki Allah pada orang itu kebaikan, maka Allah akan cuba dengan ujian-Nya.” 

Jadi, bila diuji, terimalah dengan baik dengan mencari hikmah-hikmahnya kerana tidak ada takdir Allah yang tidak ada hikmahnya. Orang soleh bila diuji, hikmah-hikmah ujian akan mendekatkan mereka kepada Allah.Tapi bagi anti diuji, tidak akan dapat melihat hikmah kerana akal dan hatinya melihat sesuatu hanya selari dengan hawa nafsunya sahaja.

Ingatan para hamba kepada Allah akan bertambah dengan ujian-Nya. Itu petanda Allah pilih dia untuk diuji. Dan bila diuji, bertambah pulalah ingatan hamba Allah kepada Allah. 
(Oh… Allah ingat lagi padaku). 
Oleh itu, tiada jalan keluar melainkan lakukanlah tiga langkah ini apabila kita diuji:

I) Kuatkan iman, pupuk kesabaran, mantapkan keyakinan menghadapi ujian itu dengan segera mendekatkan diri kepada Allah. Apabila Rasulullah SAW ditimpa masalah, baginda akan terus bangun mendirikan solat dua rakaat. Baginda tidak melihat masalah yang besar tetapi cepat-cepat merujuk kepada Pemberinya – Allah Maha Besar. Masalah kita mungkin besar tetapi Allah yang memberinya jauh lebih besar. Justeru, segeralah ‘mencari’ Allah sebelum mencari yang lain-lain apabila ditimpa ujian.

II) Cuba serapkan rasa di dalam hati Kehendak (pilihan) Allah mengandungi hikmah yang baik jika diterima penuh keinsafan dan kesabaran. Yang penting apa yang berlaku ‘di dalam hati’ kita, bukan apa yang berlaku diluar diri kita. Allah berikan yang pahit, jadikan ubat. Allah berikan yang pedih, anggaplah itu pembedahan jiwa untuk mengeluarkan penyakit-penyakit hati kita. Ya, jika limau yang kita dapat masam… buatlah air limau, kata orang yang bijaksana.

III) Berbaik sangka dengan Allah dengan cara menyedari (mencari) hikmah. Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untuk kita. Bila baik sangka kepada Allah, maka kita akan bertambah hampir kepada-Nya. Apabila hampir kepadanya… insyaAllah semuanya akan baik-baik belaka. Bukankah DIA Tuhan yang Maha Baik?

Ya, Allah timpakan ujian yang besar, untuk ‘membesarkan’ kita. Ingat itu. Justeru, ahli yang bijaksana sering berkata…Pemimpin yang besar itu dikenali melalui ujian yang dihadapinya. Semakin besar tahap kepimpinannya, maka semakin besarlah ujian yang Tuhan sediakan untuk ‘membesarkan’ lagi pengaruh kepimpinannya.

Dan setiap kita adalah pemimpin… sekurang-kurang pemimpin buat diri sendiri. Jadi, kita pasti diuji! Justeru 

p/s:-apabila diuji jangan katakan, “apakah aku tersisih?” Sebaliknya, katakan, “aku sudah terpilih!”

sekian...semoga sama-sama beroleh manfaat.

Monday, 14 October 2013

~KERANA ALLAH:NABI IBRAHIM SEMBELIH ANAKNYA,NABI ISMAIL~

Assalamualaikum. Im sekarang berada di Kota Lampung Indonesia dalam program Mobiliti Student di IBI Darmajaya,Lampung Indonesia selama satu semester bermula dari 6 Oktober 2013 (ahad). Jadinya Im tidak dapat beraya aidiladha bersama keluarga dan teman-teman di Malaysia. Tapi tidak mengapa,Allah dah menjanjikan Pahala yang berlipat ganda bagi mereka yang berada pada jalan Fisabilillah iaitu mencari ILMU kerana ALLAH. 


"SACRIFICE FOR PARADISE"[9:111]


Sempena dengan Lebaran Aidiladha yang akan disambut oleh seluruh Umat ISLAM SEDUNIA, di sini Im nak kongsikan suatu yang sangat bermanfaat buat kita semua. InsyaALLAH.


Sabda Rasulullah ﷺ bermaksud: "Aku diperintah untuk melakukan qurban dan qurban itu adalah sunnah bagi kamu." (HR at-Tirmizi)

Apabila Rasulullah ﷺ telah menyampaikan syariat kepada umat ini untuk melaksanakan ibadah qurban, mengapa masih ada yang ragu dan mempersoal..."Kenapa agaknya kita nak rayakan kes bapa nak bunuh anaknya walau apa pun sebabnya?"

Masih keliru, katanya, "Mana mungkin Allah SWT perintahkan seorang bapa menyembelih anaknya? Mungkin mimpi Nabi Ibrahim itu dari Iblis, bukan dari Allah. Maka Allah menyelamatkan keduanya dari tipuan Iblis itu, dengan menggantikan Nabi Ismail a.s dengan seekor kibas?"

Makin keliru, katanya lagi, "Tiada hubungkait ibadah haji dengan ibadah qurban. Jika tiada kejadian bapa sembelih anak itu, tetap Allah perintahkan haji juga..."

Benarkah begitu?



Jamrah-tempat melontar Iblis


Jika kita belajar ilmu tauhid, salah satu sifat kerasulan itu adalah siddiq yakni benar. Benar dalam percakapan, perbuatan atau diamnya. Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s adalah nabi dan rasul yang bersifat siddiq. Mereka amat benar, dan tidak melakukan sesuatu melainkan ia perintah dari Allah.


Para rasul juga bersifat maksum, terpelihara dari berbuat dosa. Maka untuk memeihara dari dosa itulah, berlaku peristiwa qurban ini.


Ia berikutan dari nazar Nabi Ibrahim a.s, yang sifatnya suka berkorban, dikorbankan segala haiwan ternakan, 1000 ekor kambing, 300 ekor lembu dan 100 ekor unta hinggakan para malaikat amat kagum dengan perbuatannya.


Hinggalah beliau berkata, "Semua yang menjadi qurbanku itu belumlah menjadi apa-apa bagiku. Demi Allah, kalau aku mempunyai anak lelaki, tentu aku akan persembahkan juga di jalan Allah dan aku korbankan dia untuk Allah SWT."


Berselang tahun demi tahun, terlupalah Nabi Ibrahim tentang ucapan berupa nazar itu. Ketika berada di tanah suci Bakkah (Makkah), baginda berdoa memohon dikurniakan seorang anak lelaki, maka Allah SWT telah mengabulkan permohonan itu, lahirlah Ismail. as.


Allah SWT berfirman terkandung di dalam Surah As-Saaffat:


"Dan Nabi Ibrahim pula berkata: Aku hendak (meninggalkan kamu) pergi kepada Tuhanku, Dia akan memimpinku (ke jalan yang benar). (99) Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh! (100) Lalu Kami berikan kepadanya berita yang menggembirakan, bahawa dia akan beroleh seorang anak yang penyabar. (101)



Ketika usia Nabi Ismail a.s dikadar yang sudah boleh berjalan dan berusaha, (ada ulama tafsir mengatakan 7 tahun, ada yang mengatakan 13 tahun), seperti dinyatakan Al Quran:
 
(Maka ketika anaknya itu sampai -ke peringkat umur yang membolehkan dia- berusaha bersama-sama dengannya...) Nabi Ibrahim bermimpi satu perintah, ”Tunaikanlah nazarmu!”


Kata Ibnu Abbas r.a: "Ketika pada malam tarwiyah (berlaku 8 Zulhijjah), Nabi Ibrahim a.s tidur, lalu bermimpi ada orang berkata: "Hai Ibrahim, tunaikanlah nazarmu!". Pada pagi keesokan harinya Nabi Ibrahim a.s berfikir, apakah mimpinya itu dari Allah atau dari syaitan?


"Berfikir" dalam bahasa Arab disebut "Tarawwana" (kata kerja), sedangkan kata bendanya disebut sebagai "Tarwiyah", oleh sebab itulah hari itu (8 Zulhijjah) disebut hari "Tarwiyah". Esok adalah hari tariwiyah (8 Zulhijjah).


Pada malamnya, Nabi Ibrahim bermimpi lagi buat kali keduanya, perkara yang sama. Maka pada hari esoknya (9 Zulhijjah), dia pasti bahawa mimpinya itu dari Allah SWT. Pasti atau kenalpasti di dalam bahasa Arab "Arafa" (kata kerja), sedangkan kata namanya adalah "Arafah". Oleh sebab itu hari itu dinamakan "Arafah", dan sempena itu, tempat berlakunya peristiwa mimpi itu juga dinamakan "Arafat".


Kemudian pada malam ketiganya, bermimpi lagi seperti itu. Maka yakinlah Nabi Ibrahim a.s atas perintah melaksanakan nazar itu, iaitu melakukan penyembelihan. Perbuatan menyembelih itu, kata kerjanya "Nahara", sedang kata namanya "Nahrun", maka hari itu disebut "Nahri" atau hari Nahar.



Hari Nahar itu (10 Zulhijjah), di hari itu mula menyembelih qurban dan hari mula melontar jamrah. Di dalam sebuah hadis, dari jabir r.a katanya: "Aku melihat Nabi ﷺ melontar dari atas kenderaannya pada hari Nahar (hari menyembelih korban iaitu 10 Zulhijjah). Lalu baginda bersabda: "Hendaklah kamu sekelian pelajari dengan bersungguh-sungguh bagaimana caranya aku mengerjakan haji, kerana aku tidak tahu barangkali aku tidak akan sempat lagi mengerjakan haji sesudah hajiku ini." (Muslim)


Di hari Nahar itulah Iblis tidak henti-henti berusaha menggagalkan usaha Nabi Ibrahim a.s untuk menyembelih Nabi Ismail a.s., hingga keadaan itu diabadikan di dalam ibadah melontar di Jamrah. Jika kita faham perkara ini, bagaimana pula boleh dikatakan mimpi Nabi Ibrahim a.s itu dari syaitan? Sebab itu perlu kita belajar asal usul sesuatu ibadah, agar dapat kita fahami dengan sebenar-benarnya sesuatu amalan, tidak boleh diandai-andaikan dengan akal fikiran semata.


Ketika Nabi Ibrahim a.s hendak melaksanakan penyembelihan, dia berkata kepada Hajar, ibu Nabi Ismail a.s, "Pakaikanlah anakmu Ismail dengan pakaian yang paling baik, kerana aku akan membawanya berjalan keluar."


Maka Hajarpun memakaikan pakaian, menyisir dan meminyakkan rambutnya dengan sebaik-baiknya. Nabi Ibrahim a.s pula membawa tali dan pisau, kemudian pergi bersama-sama Ismail ke arah Kota Mina sekarang.


Melihat keadaan itu, Iblis tidak duduk diam. Dia mencari jalan bagaimana untuk menggagalkan rancangan Nabi Ibrahim a.s. Dilihatnya Nabi Ismail a.s yang sedang membesar itu, berlari-lari riang di sisi ayahnya.


Lalu Iblis berkata, "Wahai Ibrahim, tidakkan engkau perhatikan ketampanannya, indah rupanya dan baik pekertinya?"


Kata Nabi Ibrahim a.s, "Ya, benar! Tetapi aku diperintahkan untuk itu..."


Ketika Iblis terkutuk itu telah berputus asa terhadap Nabi Ibrahim a.s, dia pergi menemui Siti Hajar, seraya berkata: "Bagaimana engkau duduk diam sahaja, sedangkan Ibrahim pergi dengan anakmu yang akan disembelihnya?"


Kata Hajar, "Jangan engkau bohong, saya tidak pernah dengar ada seorang ayah tergamak menyembelih anaknya sendiri."


Kata Iblis, "Itulah sebabnya dia membawa pisau dan tali."


"Untuk apa dia menyembelihnya?" Tanya Hajar. 


Jawab Iblis, "Dia menyangka, bahawa Tuhannya telah memerintahkan itu."


Maka kata Hajar, "Jika begitu, Nabi itu tidak pernah diperintahkan untuk sesuatu yang bathil, dan saya sentiasa bersiap sedia untuk menebus perintah itu dengan nyawaku, apatahlagi dengan nyawa anakku."


Lalu Iblis amat kecewa dengan Siti Hajar, dia lantas menemui Ismail.


Dia berkata, "Wahai Ismail, sesungguhnya engkau bersenang-senang, sedangkan ayahmu membawa tali dan pisau untuk menyembelihmu."


Kata Ismail, "Jangan engkau berbohong, mengapa pula ayah hendak menyembelih saya?"


Kata Iblis, "Dia menyangka, bahawa Tuhannya telah memerintahkan itu."


Maka kata Ismail, "Kami menjunjung dan mentaati perintah Tuhanku."


Ketika Iblis sibuk cuba meyakinkan Nabi Ismail dengan kata-katanya, Nabi Ismail a.s mengambil batu, lalu melemparkannya kepada Iblis, hingga lebam matanya, hingga Iblis lari dengan kecewa. Maka dari peristiwa itulah, Allah SWT mewajibkan untuk kita melontar batu ke tempat itu, dengan mencontohi Nabi Ismail a.s dan Nabi Ibrahim Khalilur Rahman.


Apabila tiba di Mina, Nabi Ibrahim a.s berkata kepada puteranya Nabi Ismail a.s., sepertimana tersebut di dalam Al-Quran,


فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ ٱلسَّعۡىَ قَالَ يَـٰبُنَىَّ إِنِّىٓ أَرَىٰ فِى ٱلۡمَنَامِ أَنِّىٓ أَذۡبَحُكَ فَٱنظُرۡ مَاذَا تَرَىٰ‌ۚ قَالَ يَـٰٓأَبَتِ ٱفۡعَلۡ مَا تُؤۡمَرُ‌ۖ سَتَجِدُنِىٓ إِن شَآءَ ٱللَّهُ مِنَ ٱلصَّـٰبِرِينَ



"Maka ketika anak itu sudah sampai baligh (dewasa), Ibrahim berkata kepadanya: "Hai anakku, sesungguhnya aku melihat dalam tidurku, bahawa aku menyembelih engkau, maka bagaimana pendapatmu?" Kata anaknya: "Wahai ayahku, lakukanlah apa yang diperintahkan kepada ayah, insyaAllah ayah akan mendapati saya termasuk orang-orang yang sabar." (As Shaffaat:37:102)



Mendengar kata-kata puteranya itu, Nabi Ibrahim a.s menyedari bahawa permohonannya kepada Allah SWT telah dikabulkan iaitu:


رَبِّ هَبۡ لِى مِنَ ٱلصَّـٰلِحِينَ


"Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang yang soleh!" (As Shaffaat:37:100)


Maka dia memuji Allah dan bersyukur dengan sebanyak-banyaknya.


Setelah itu, berlakulah dialog yang menyentuh hati sanubari antara seorang anak dan ayah yang bakal berpisah kerana mentaati Tuhannya...


Ketika penyembelihan hendak dilaksanakan, Ismail a.s berkata kepada ayahnya:


"Wahai ayah, saya ingin sampaikan beberapa permintaan kepada ayah:
*Hendaklah ayah mengikat tangan saya, supaya saya tidak meronta-ronta, yang akan menyulitkan ayah;
*hendaklah wajah saya dihadapkan ke tanah, supaya ayah tidak melihat wajah saya yang akan menimbulkan kasih sayang ayah kepada saya; 
*hendaklah ayah melipatkan kain ayah, supaya tidak berlumuran darah sedikitpun, sehingga mengurangi pahala saya dan mungkin juga akan diketahui ibu, sehingga dia menjadi susah; 
*hendaklah ayah mengasah pisau ayah, agar mempercepatkan jalannya atas leher saya, supaya meringankan rasa sakit, kerana mati itu sakit sekali; 
*hendaklah ayah membawa baju saya kepada ibu sebagai kenang-kenangan dan katakanlah kepadanya :"Bersabarlah engkau terhadap perintah Allah", 
*janganlah diberitahu kepadanya bagaimana cara ayah menyembelih saya dan bagaimana ayah mengikat tangan saya; 
*hendaklah ayah tidak membawa anak-anak (seusia saya) ke rumah ibu, supaya rasa sedihnya tidak timbul kembali 
dan kalau ayah mengetahui anak yang sebaya saya, *hendaklah ayah tidak melihatnya, sehingga ayah terkenang menjadi susah dan duka."

Maka kata Nabi Ibrahim a.s: "Sebaik-baik penolong, adalah engkau hai anakku, untuk melaksanakan perintah Allah Taala."


فَلَمَّآ أَسۡلَمَا وَتَلَّهُ ۥ لِلۡجَبِينِ


"Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu) dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami)." (As Shaffaat:37:103)


Dan diletakkan pisaunya pada leher puteranya, maka dia mulai menyembelihnya dengan kuat sekali, akan tetapi dia tidak mampu melukai lehernya.


Kemudian Nabi Ismail a.s berkata: "Wahai ayahku, lepaskanlah tali tangan dan kakiku, supaya Allah Taala tidak memandang saya sebagai orang yang terpaksa."


Maka Nabi Ibrahim pun menelentang kedua tangan Ismail dan kedua kakinya tanpa ikatan, serta memalingkan wajahnya ke arah tanah, lalu menetak pisaunya dengan sekuat tenaga. Pisau itu membalik serta tidak dapat melukai leher Ismail dengan izin Allah.


Kata Ismail a.s: "Wahai ayahku, kekuatanmu menjadi lemah, kerana masih ada rasa cintamu kepadaku, sehingga ayah tidak dapat menyembelih saya,"


Maka Nabi Ibrahim memukulkan pisau itu kepada batu, dan batu itu terputus dua. Kata Ibrahim a.s: "Hai pisau, engkau mampu membelah batu, tetapi kamu tidak dapat memotong daging?"


Pisau itu berkata dengan izin Allah: "Hai Ibrahim, engkau mengatakan:"Potonglah!" sedangkan Allah berfirman: "Jangan engkau potong", maka bagaimana saya mentaati engkau sedangkan saya harus pula mendurhakai Tuhanmu?" Kemudian Allah SWT berfirman:


قَدۡ صَدَّقۡتَ ٱلرُّءۡيَآ‌ۚ إِنَّا كَذَٲلِكَ نَجۡزِى ٱلۡمُحۡسِنِينَ


"Dan Kami (Allah) menyeru: Hai Ibrahim, sesungguhnya engkau telah membenarkan mimpi itu dan sesungguhnya Kami membalas orang-orang yang berbuat baik."


Lalu Malaikat Jibril a.s telah datang membawa seekor kibas sebagai gantian Nabi Allah Ismail a.s. sebagaimana firman Allah SWT:


وَفَدَيۡنَـٰهُ بِذِبۡحٍ عَظِيمٍ۬


Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar. (As Shaffaat:37:107)



(Dipadankan dari Kitab Durratunnasihin)



Ibadah Qurban -Perintah Allah


Mudah-mudahan dapat kita fahami, bahawa ibadah qurban itu adalah perintah Allah SWT. Mimpi Nabi Ibrahim a.s itu dari Allah SWT. Serta peristiwa pengorbanan itu, menjadi antara intisari ibadah haji. Ibadah qurban dengan ibadah haji tidak terpisah.


Kisah ini juga merupakan satu iktibar, bahawa perintah berkorban itu sebagai satu ujian, agar dicontohi umat dengan sabar dan yakin.


إِنَّ هَـٰذَا لَهُوَ ٱلۡبَلَـٰٓؤُاْ ٱلۡمُبِينُ , وَفَدَيۡنَـٰهُ بِذِبۡحٍ عَظِيمٍ۬


"Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata. (106) Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar." (Surah As Shaffaat: 37:106-107)


Allah SWT memuliakan orang yang berkorban dengan ikhlas semata-mata kerana-Nya. Begitu tinggi darjat yang diberi kepada Nabi Ibrahim a.s, hingga dipuji Allah di dalam Al-Quran, serta Allah memberi salam kepada baginda.


وَتَرَكۡنَا عَلَيۡهِ فِى ٱلۡأَخِرِينَ , سَلَـٰمٌ عَلَىٰٓ إِبۡرَٲهِيمَ , كَذَٲلِكَ نَجۡزِى ٱلۡمُحۡسِنِينَ , إِنَّهُ ۥ مِنۡ عِبَادِنَا ٱلۡمُؤۡمِنِينَ


"Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian. Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!. Demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya Nabi Ibrahim itu dari hamba-hamba Kami yang beriman. 
(Surah As Shaffaat: 37:108-111)



Semangat dan jiwa, atau roh pengorbanan yang ditunjukkan Nabi Ibrahim a.s itulah yang disyariatkan hingga kini, sunat menyembelih qurban di hari-hari Nahar dan tasyrik 
(10, 11-13 Zulhijjah).


Rasulullah ﷺ pernah ditanya mengenai amalan qurban tersebut, lantas baginda menjawab;


"Itulah sunnah daripada bapa kamu, Ibrahim…" (HR At-Tirmizi dan Al-Hakim)


Rasulullah ﷺ meneruskan sunnah Nabi Ibrahim a.s itu, dalam kedudukan wajib baginya, dan sunat bagi umatnya.


"Diwajibkan ke atasku supaya berqurban dan tidak diwajibkan ke atas kamu." (Hadis riwayat Dar al-Qutniy)

SALAM LEBARAN AIDILADHA 
buat
 KELUARGA DAN TEMAN-TEMAN. :D

Sunday, 29 September 2013

-JANGAN SUKA MENGUNGKIT-





" ko ni kedekut tol, hari tu aku bg ko itu ini ..bla bla siap ada jenama lagi "
" kalau bukan ak yg tolong ko ari tu xde nye ko jdi mcm ari ni.. ak yg cakap kat org tu..blabla "
" dulu sebelum kawen bukan main ag..sekrg duit banje pon xpernah nak cukup bagi.. menyesal tol ! "
"duit abg bg xcukup ke.. abg penat keje siang malam.. ari tuh dah bg lebih nk mintak ag.. bukan ko yang keje. "

Dalam sebuah hadis disebutkan, Rasulullah saw. bersabda, “Tiga golongan yang tidak akan diajak bicara oleh Allah pada hari kiamat kelak, serta tidak akan dipandang-Nya, dan tidak pula disucikan-Nya, yaitu orang yang mengulurkan kainnnya, orang yang suka mengungkit-ungkit kebaikannya dan orang yang menjual dagangannya dengan sumpah palsu.” (HR Muslim, Abu Dawud, Tirmidzi, dan Nasai dari Abu Dzar al- Ghifari).

Dalam hidup ini, pasti kita pernah mengungkit kan.. tak kira lah pemberian kita kepada orang, atau pemberian orang kepada kita, atau apa yang pernah kita lakukan untuk orang.

situasi dimana apabila kita marah dengan orang tu, kita pasti akan ungkit kembali kebaikan yg kita lakukan dulu untuk dia..dan wujudnya perasaan menyesal sebab pernah berbuat kebaikan.

Im pun pernah rasa sebegitu..
astaghfirullahalazim...

Janganlah kita suka mengungkit.. bila dah start tuh, makin panjang lebar la semua benda tak rasa puas hati..kita jugak kan yang rasa sakit hati nanti.

Firman Allah yang bermaksud,"Hai orang yang beriman,jangan kamu batalkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebut dan mengungkit-ungkit (perasaan si penerima) seperti orang yang menafkahkan bertanya kerana riya' kepada manusia dan dia tidak beriman dengan Allah dan hari akhirat" (surah al-Baqarah:264).



Mengungkit pemberian terhadap seseorang pasti akan menyinggung perasaan 
orang yang menerimanya.
Bila orang tu dah rasa tak selesa, dia akan cuba untuk tidak menerima pemberian kita atau untuk tidak meminta pertolongan lagi..

p/s:-Mengungkit pemberian bukan sekadar menghapus pahala sedekah tetapi berdosa kerana menyakiti hati orang lain.. Tak payah la nak berbangga sangat dengan apa yang kita lakukan kerana pemberian ALLAH itu hanyalah pinjaman..

Monday, 16 September 2013

~KEUNIKAN dan AWESOME nya HARI JUMAAT.~

Assalamualaikum. apa khabar sahabat-sahabat? 
Alhamdulillah, moga-moga sihat wal'afiat. 
seperti yang kita tahu, Jumaat ini merupakan penghulu segala hari dimana pelbagai peristiwa-peristiwa hebat berlaku pada hari Jumaat. tidak kurang juga seperti yang kita ketahui bahawa hari pembalasan iaitu hari kiamat juga akan berlaku pada hari Jumaat. bila masanya, wallahu'alam. :)

pada kali ini Im nak berkongsi dengan sahabat-sahabat mengenai 

KEUNIKAN dan AWESOME nya HARI JUMAAT.



“Apabila datang hari Jumaat, maka setiap pintu masjid ada Malaikat yang mencatat orang-orang yang masuk mengikut urutannya. Apabila imam telah duduk (di atas mimbar), para Malaikat menutup buku catatan mereka dan datang untuk mendengarkan zikir (khutbah). Perumpamaan orang yang hadir ke masjid lebih awal adalah bagaikan orang yang menyembelih hadyi (korban) seekor unta, kemudian seperti menyembelih seekor sapi, kemudian seperti menyembelih seekor kambing, kemudian seperti menyembelih seekor ayam, kemudian seperti orang yang memberikan sedekah sebiji telur”. (HR Muslim)

Rasulullah SAW berkata: “Jika engkau berkata kepada teman engkau “Diam” pada hari Jumaat dan imam sedang berkhutbah, maka engkau telah membuat sesuatu yang sia-sia.” (HR Muslim)

Nabi s.a.w. bersabda; "Siapa yang berwuduk sahaja untuk menghadiri sembahyang Jumaat adalah sudah baik (memadai) tetapi siapa yang mandi, maka adalah lebih baik." (HR Abu Daud)

Kata Nabi SAW: “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, kemudian bersegera dengan berjalan kaki, tidak menaiki kenderaan, dan mendatangi imam lalu mendengar (khutbah) dan tidak bermain-main, maka adalah baginya setiap langkah (bersamaan) amalan puasa dan solat selama setahun.” (HR Abu Daud)

Kata Rasulullah SAW: “Pada hari Jumaat para malaikat duduk di pintu-pintu masjid, bersama mereka lembaran-lembaran catatan. Mereka mencatat (orang-orang yang datang shalat), apabila imam telah keluar (untuk memberi khutbah), maka lembaran-lembaran itu ditutup.” (HR Ahmad)

Nabi bersabda,"Sesiapa yang meninggalkan 3 kali solat Jumaat, Allah akan menguncikan hati mereka" (HR Abu Daud)


wallahu'alam.

Sunday, 8 September 2013

~VOTE FOR HAN~

Assalamualaikum dan salam ukhwah.
Sekarang nie, Im perlukan PERTOLONGAN sahabat-II semua.

Sahabat Im ada join AxeSpaceRace dan dia adalah antara TOP 5 yang terpilih dan merupakan yang paling Muda. Nama panggilan dia adalah HAN.

apa yang diperlukan sekarang adalah VOTE dari sahabat-II  sekalian. MOHON JASA BAIK sahabat-II untuk bantu Im untuk VOTE HAN.

CARANYA mudah :-

2- klik LIKE untuk membenarkan anda VOTE HAN.
3- klik VOTE pada bawah gambar HAN seperti yang tertera pada gambar di bawah.



p/s:- VOTE boleh dibuat berulangkali selepas 1 jam daripada vote sebelumnya.

Sekarang ni, Jom tolong Im berkempen untuk membantu HAN mendapatkan VOTE yang tertinggi.



Tarikh tutup Vote ni adalah pada 18 September 2013. So, kita masih ada masa untuk membantu HAN.

Tiada erti Terlewat or dah terlambat. 

JOM PAKAT-PAKAT VOTE HAN!!!

#1Hour1Vote for HAN!

segalanya didahului dengan Ribuan TERIMA KASIH :')

p/s:- please promote pada Blog masing-II. Im teramat hargai sahabat-II semua. Jazakallahukhair ^^,



Wednesday, 4 September 2013

~CIRI ISTERI YANG DEKAT DENGAN SYURGA.~




Assalamualaikum. kali ini Im nak berkongsi entri berkaitan Ciri Isteri yang DEKAT dengan Syurga. Kalau dipersoalkan pada semua orang, 


"kau mahu tak Isteri yang menjadi ahli syurga(SOLEHAH)"
"Oh!Sudah tentu! RUGI gila2 sapa yg tak mahu.."

Sebenarnya mudah untuk seorang wanita menjadi ahli syurga. kenapa ??? tak percaya??? insyaALLAH! yakin! 
JANJI ALLAH ITU PASTI!!!!!
Okeyh! di sini Sekadar Perkongsian Bersama. 

Berikut ini adalah ciri-cirinya :


1. Seorang Isteri yang menyedari dan menerima dengan ikhlas bahwa laki-laki (suami) adalah pemimpin kaum wanita.

2. Seorang Isteri yang menyedari bahwa kedudukan suami itu satu tingkat lebih tinggi jika dibandingkan dengan isteri.

3. Seorang Isteri yang selalu taat dan penuh hormat kepada suami selama bukan diajak dalam hal kemaksiatan (durhaka kepada ALLAH).

4. Seorang Isteri yang tetap berpegang teguh menjaga kehormatan dirinya dan yang tidak mahu keluar rumah dengan seenaknya sendiri tanpa izin suami.

5. Seorang Isteri yang selalu memenuhi keinginan suami dalam nafkah batin (kecuali dengan suatu alasan yang kuat terpaksa menolaknya).

6. Seorang Isteri yang selalu mendahulukan kepentingan suami dibanding urusan yang lain.Termasuk kepentingan orang tua sekalipun. (Terkecuali mendapat izin dari suami)

7. Seorang Isteri yang selalu menjaga kehormatan dirinya jika suami tidak ada di rumah.

8. Seorang Isteri yang pandai menjaga harta suami (tidak boros) dan juga menjaga kehormatan suami baik saat ada ataupun sedang tidak di rumah.

9. Seorang Isteri yang senantiasa berusaha mempercantik dirinya ketika berada depan suami.

10. Seorang Isteri yang selalu menyenangkan hati suami dengan raut wajah yang tampak berseri. Murah senyum agar Si suami merasa tenteram hatinya.

11. Seorang isteri yang tidak suka berdandan berlebihan agar tampak cantik oleh lelaki lain.



Kalau tak ada, jom ada kan...!!!





"Ya ALLAH... Bimbinglah mereka agar menjadi isteri yang demikian. Menjadi isteri yang selalu taat kepada suami... Yang pada akhirnya akan berbuah redha-Mu." amin...

Sunday, 1 September 2013

~NOTA IMTIYAZ 4~




Jika Allah nak berikan kebahagiaan kepada seseorang,dia tidak boleh ditahan oleh apa2 tangan sekalipun..

Jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang,dia tidak boleh dihulur oleh apa2 tangan sekalipun..

Jika Allah uruskan urusan kita dan Allah tidak serahkn diri kita kepada kita,walaupun sekelip mata dunia boleh berbuat apa2, tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran kerajaan Allah..

Jika Allah mengaturkn untuk kita apa yang orang sangka tewas,kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah..

Apa yang orang rasa rugi,Allah akan berikan keuntungan yang mana jalan2 manusia tidak sangka..

p/s:-TETAPI Allah boleh mewujudkan keajaiban kepada hamba2 yg Dia kehendaki :)

Saturday, 31 August 2013

~PERUBAHAN BUKAN SESUATU YANG MUDAH~


"Aku ni bukannya baik sangat. Solat selalu lambat... Ibadat lain lagi la kan... Aku ni selalu buang masa dengan benda tak berfaedah.... Online fb je memanjang, pastu dengar lagu, layan movie..... Hishhh, bolehke aku masuk syurga? 
Aku kena berubah, tapi mampukah aku???"


Ayat di atas ni cuma contoh je... Tapi apa yang nak disampaikan kali ini ialah tentang 'perubahan'. Ya, kita perlu berubah. Kita perlu berubah daripada yang buruk kepada yang baik. Jika rasa diri tu dah cukup baik, maka berubahlah agar menjadi lebih baik. Betul tak? Sapa yang tak nak jadi baik kan...

Berubah itu sebenarnya adalah sesuatu yang perlu bagi kita. Tapi untuk melakukan perubahan itu sendiri,bukan lah mudah sebenarnya... Memang tak mudah... Ye lah, cuba bayangkan... Andaikan selama ni kita jenis orang yang suka hiburan, layan movie memanjang, dengar lagu.... tetiba nak kena tinggalkan itu semua. Payahkan? Sebab benda tu dah sebati dalam diri kita sekian lama... mana boleh nak buang macam tu je....

Apa nak buat??? 

Analoginya: - Cuba anda bayangkan sebuah kuali yang sudah lama digunakan... yang bontotnya sudah hitam legam...payah untuk dibasuh. Macamana nak basuh ? Pasti ada yang cakap kita kene rendam, pastu sental kuat-kuat, pastu rendam lagi dalam peluntur, tonyoh dengan berus, kikis kotoran tu dan sebagainya....

Begitulah juga dengan diri manusia...=')
Diri kita ni umpama bontot kuali tadi tu. Untuk melakukan perubahan, kita perlukan usaha yang kuat dan semangat 
yang kental. Kita perlu melakukan apa sahaja cara untuk berubah asalkan perubahan berhasil. Kita tidak boleh melakukan dengan sambil lewa, pasti akan kecundang di kemudian hari.... dan yang penting, kita perlulah istiqamah dengan usaha yang sedang kita lakukan, jangan berputus asa... Kerana apa? Kerana perubahan itulah yang menentukan masa depan kita di akhirat nanti...


"...Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri...."
(Surah Ar-Ra'd : 11)

"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan Kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik."
(Surah Al-Ankabut : 69)

p/s:- Renung-renungkan dan selamat Beramal =')

~NOTA IMTIYAZ 3~


Assalamualaikum...
Selamat datang ke blog Im untuk entri ke seterusnya... Jom sama-sama kita hayati dan mengambil iktibar bersama...

" Saya ingin mengucapkan TAHNIAH kepada wanita yang BERHIJAB dan mengenakan PAKAIAN SOPAN dan TIDAK BERLEBIHAN... 
Andai RASULULLAH SallaAllahu 'Alaihi Wa Sallam berjalan dihadapan anda, anda tidak malu bahkan dipuji baginda kerana berhijab walau disekat dengan pelbagai halangan..."

- Syeikh Ahmad Al-Syughairi-
[Sumber Rancangan : Khawater EL-Syab di Tv al-Hijrah ->segalanya bermula di sini]

p/s : Mari sahabat-sahabat yang masih belum memakai tudung/menutup aurat dengan sempurna, JANGAN BERIKAN SERIBU ALASAN LAGI... Masih belum terlambat jika anda mahu berubah, mahukah anda berjumpa RASULULLAH SallaAllahu 'Alaihi Wa Sallam dalam keadaan tidak menutup aurat ??? SUDAH PASTINYA tidak kan??? :') 




insyaALLAH semoga ALLAH permudahkan =')

~PANDANGAN MUSLIMAH~ =')

Assalamualaikum. Kali ini Im akan berkongsi entri tentang pandangan Tini (yang tidak menutup Aurat) dan seorang Muslimah yang memberi pandangan. 

Semoga kita dapat mengambil Iktibar bersama. =)



Tini :- Semua yang tutup aurat , kompem masuk syurga ke?
Muslimah:- yang pastinya, yang tak tutup aurat kompem masuk neraka...:)

Tini :-mmm. tudung labuh pun bukannya baik sangat. buat dosa gak.ngumpat orang sana sini...
Muslimah:- bila iblis tidak mahu mengikut perintah ALLAH, untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah ALLAH itu...

Tini :-macam la kau tu bagus sangat nak tegur2 aku. entah2 kau tu dulu lagi jahat...
Muslimah:- tidak tersabit larangan dari Nabi Muhammad saw untuk seseorang yang bahkan baru masuk ISLAM untuk pergi berdakwah kepada kaumnya...Maksudnya, dakwah itu satu TUNTUTAN.

Tini :-walau kami pakai seksi, hati kami baik...
Muslimah:- Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi kononnya ia sudah cukup menjamin maruah untuk diri kau tanpa perlu menutup aurat?

Tini :-pakai jarang ke ketat ke itu hak kami. kalau tak suka jangan tengok!
Muslimah:- kau berani jamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati yang suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

Tini :- kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. terpulang kepada individu yang memandang kami..so, what?
Muslimah:- SEksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun menayang SEHELAI RAMBUT kau.

Tini :-walaupun tak bertudung, kami tetap sembahyang dan berpuasa.:)
Muslimah:- apakah ibadat kau diterima? kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

Tini :-suka hati kami la nak pakai macam ni. kami tak susahkan hidup orang lain...
Muslimah:- kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik,suami serta orang lain dengan MENARIK MEREKA KE NERAKA bersama kau disebabkan mereka tidak tegur dan gagal mendidik kau...

Tini :- Apa yang kami pakai ini antara kami dengan Tuhan.!
Muslimah:- berani cakap di dunia. beranika kau nak jawab depan ALLAH nanti? Lawan perintah ALLAH, neraka tempatnya...

Tini :-bukan kami tak nak menutup aurat. cuma belum sampai seru...
Muslimah:- mati tidak mengenal usia.Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti...

Tini :-takkan nak buat perubahan tu secara drastik? slow2 la...
Muslimah:- boleh ke cakap kat malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! lepak la dulu...Jangan ambil nyawa aku lagi.. boleh???

Tini :-Tutup aurat tu bagus. tapi kami tak mau hipokrit kerana TIDAK IKHLAS melakukannya..
Muslimah:- kalau begitu kau sebenarnya HIPOKRIT tidak ikhlas beragama ISLAM...

Tini :-...............................................
Muslimah:- Sekadar Renungan Bersama =')