Saturday, 31 August 2013

~PERUBAHAN BUKAN SESUATU YANG MUDAH~


"Aku ni bukannya baik sangat. Solat selalu lambat... Ibadat lain lagi la kan... Aku ni selalu buang masa dengan benda tak berfaedah.... Online fb je memanjang, pastu dengar lagu, layan movie..... Hishhh, bolehke aku masuk syurga? 
Aku kena berubah, tapi mampukah aku???"


Ayat di atas ni cuma contoh je... Tapi apa yang nak disampaikan kali ini ialah tentang 'perubahan'. Ya, kita perlu berubah. Kita perlu berubah daripada yang buruk kepada yang baik. Jika rasa diri tu dah cukup baik, maka berubahlah agar menjadi lebih baik. Betul tak? Sapa yang tak nak jadi baik kan...

Berubah itu sebenarnya adalah sesuatu yang perlu bagi kita. Tapi untuk melakukan perubahan itu sendiri,bukan lah mudah sebenarnya... Memang tak mudah... Ye lah, cuba bayangkan... Andaikan selama ni kita jenis orang yang suka hiburan, layan movie memanjang, dengar lagu.... tetiba nak kena tinggalkan itu semua. Payahkan? Sebab benda tu dah sebati dalam diri kita sekian lama... mana boleh nak buang macam tu je....

Apa nak buat??? 

Analoginya: - Cuba anda bayangkan sebuah kuali yang sudah lama digunakan... yang bontotnya sudah hitam legam...payah untuk dibasuh. Macamana nak basuh ? Pasti ada yang cakap kita kene rendam, pastu sental kuat-kuat, pastu rendam lagi dalam peluntur, tonyoh dengan berus, kikis kotoran tu dan sebagainya....

Begitulah juga dengan diri manusia...=')
Diri kita ni umpama bontot kuali tadi tu. Untuk melakukan perubahan, kita perlukan usaha yang kuat dan semangat 
yang kental. Kita perlu melakukan apa sahaja cara untuk berubah asalkan perubahan berhasil. Kita tidak boleh melakukan dengan sambil lewa, pasti akan kecundang di kemudian hari.... dan yang penting, kita perlulah istiqamah dengan usaha yang sedang kita lakukan, jangan berputus asa... Kerana apa? Kerana perubahan itulah yang menentukan masa depan kita di akhirat nanti...


"...Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri...."
(Surah Ar-Ra'd : 11)

"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan Kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik."
(Surah Al-Ankabut : 69)

p/s:- Renung-renungkan dan selamat Beramal =')

~NOTA IMTIYAZ 3~


Assalamualaikum...
Selamat datang ke blog Im untuk entri ke seterusnya... Jom sama-sama kita hayati dan mengambil iktibar bersama...

" Saya ingin mengucapkan TAHNIAH kepada wanita yang BERHIJAB dan mengenakan PAKAIAN SOPAN dan TIDAK BERLEBIHAN... 
Andai RASULULLAH SallaAllahu 'Alaihi Wa Sallam berjalan dihadapan anda, anda tidak malu bahkan dipuji baginda kerana berhijab walau disekat dengan pelbagai halangan..."

- Syeikh Ahmad Al-Syughairi-
[Sumber Rancangan : Khawater EL-Syab di Tv al-Hijrah ->segalanya bermula di sini]

p/s : Mari sahabat-sahabat yang masih belum memakai tudung/menutup aurat dengan sempurna, JANGAN BERIKAN SERIBU ALASAN LAGI... Masih belum terlambat jika anda mahu berubah, mahukah anda berjumpa RASULULLAH SallaAllahu 'Alaihi Wa Sallam dalam keadaan tidak menutup aurat ??? SUDAH PASTINYA tidak kan??? :') 




insyaALLAH semoga ALLAH permudahkan =')

~PANDANGAN MUSLIMAH~ =')

Assalamualaikum. Kali ini Im akan berkongsi entri tentang pandangan Tini (yang tidak menutup Aurat) dan seorang Muslimah yang memberi pandangan. 

Semoga kita dapat mengambil Iktibar bersama. =)



Tini :- Semua yang tutup aurat , kompem masuk syurga ke?
Muslimah:- yang pastinya, yang tak tutup aurat kompem masuk neraka...:)

Tini :-mmm. tudung labuh pun bukannya baik sangat. buat dosa gak.ngumpat orang sana sini...
Muslimah:- bila iblis tidak mahu mengikut perintah ALLAH, untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah ALLAH itu...

Tini :-macam la kau tu bagus sangat nak tegur2 aku. entah2 kau tu dulu lagi jahat...
Muslimah:- tidak tersabit larangan dari Nabi Muhammad saw untuk seseorang yang bahkan baru masuk ISLAM untuk pergi berdakwah kepada kaumnya...Maksudnya, dakwah itu satu TUNTUTAN.

Tini :-walau kami pakai seksi, hati kami baik...
Muslimah:- Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi kononnya ia sudah cukup menjamin maruah untuk diri kau tanpa perlu menutup aurat?

Tini :-pakai jarang ke ketat ke itu hak kami. kalau tak suka jangan tengok!
Muslimah:- kau berani jamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati yang suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

Tini :- kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. terpulang kepada individu yang memandang kami..so, what?
Muslimah:- SEksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun menayang SEHELAI RAMBUT kau.

Tini :-walaupun tak bertudung, kami tetap sembahyang dan berpuasa.:)
Muslimah:- apakah ibadat kau diterima? kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

Tini :-suka hati kami la nak pakai macam ni. kami tak susahkan hidup orang lain...
Muslimah:- kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik,suami serta orang lain dengan MENARIK MEREKA KE NERAKA bersama kau disebabkan mereka tidak tegur dan gagal mendidik kau...

Tini :- Apa yang kami pakai ini antara kami dengan Tuhan.!
Muslimah:- berani cakap di dunia. beranika kau nak jawab depan ALLAH nanti? Lawan perintah ALLAH, neraka tempatnya...

Tini :-bukan kami tak nak menutup aurat. cuma belum sampai seru...
Muslimah:- mati tidak mengenal usia.Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti...

Tini :-takkan nak buat perubahan tu secara drastik? slow2 la...
Muslimah:- boleh ke cakap kat malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! lepak la dulu...Jangan ambil nyawa aku lagi.. boleh???

Tini :-Tutup aurat tu bagus. tapi kami tak mau hipokrit kerana TIDAK IKHLAS melakukannya..
Muslimah:- kalau begitu kau sebenarnya HIPOKRIT tidak ikhlas beragama ISLAM...

Tini :-...............................................
Muslimah:- Sekadar Renungan Bersama =')


Friday, 30 August 2013

~RASULULLAH MENGAJAR ERTI CINTA SESAMA MAKHLUK~


أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ قَالَ كُنْتُ جَالِسًا عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذْ مَرَّ رَجُلٌ فَقَالَ رَجُلٌ مِنْ الْقَوْمِ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي لَأُحِبُّ هَذَا الرَّجُلَ قَالَ هَلْ أَعْلَمْتَهُ ذَلِكَ قَالَ لَا فَقَالَ قُمْ فَأَعْلِمْهُ قَالَ فَقَامَ إِلَيْهِ فَقَالَ يَا هَذَا وَاللَّهِ إِنِّي لَأُحِبُّكَ فِي اللَّهِ قَالَ أَحَبَّكَ الَّذِي أَحْبَبْتَنِي لَهُ



Anas bin Malik r.a. berkata: Sedang aku duduk bersama Baginda s.a.w., tiba-tiba seorang lelaki melintas. Lalu salah seorang daripada sahabat berkata: “Ya Rasulullah, sesungguhnya aku benar-benar mencintainya.” Lalu Baginda s.a.w. bersabda: “Adakah engkau telah sampaikan perasaan itu kepadanya?” lalu beliau menjawab: “belum”. Lantas Baginda s.a.w. bersabda: “Bangunlah, sampaikanlah kepadanya”. lantas sahabat tersebut bangun dan bertemu dengannya seraya berkata: “Wahai saudaraku, sesungguhnya aku mencintaimu kerana Allah.” lalu ia menjawab: “Semoga Allah mencintaimu, kerana engkau mencintaiku keranaNYA.”

(Diriwayat oleh Imam Ahmad no. Hadith: 12430, Syuayb al-Arnauth mensahihkan sanad ini, diriwayatkan juga oleh al-Nasa’ie, Ibn Hibban dari jalur ‘Ali bin al-Hussin)

Keterangan daripada Hadith:


i) RASULULLAH SAW mengajar sahabatnya erti percintaan sebenar sesama makhluk. Percintaan haruslah di atas dasar “kerana ALLAH”.

ii) Apabila timbul perasaan tersebut, bangunlah dan sampaikan kepada saudaramu:“UHIBBUKA FILLAH” (aku mencintaimu kerana ALLAH), lalu jawablah: “AHABBAKA ALLADHI AHBABTANI LAHU” (semoga ALLAH akan mencintaimu, kerana perasaan cintamu kepadaku kerana DIA). ucapan-ucapan ini begitu indah apabila DIHAYATI.

iii) Kalimah “FILLAH” (kerana ALLAH) seringkali digunakan bagi mengaburi CINTA TERLARANG. Begitu mudah mereka menuturkan kerana ALLAH, tetapi sebenarnya kerana hawa nafsu dan syaitan.

iv) Ingatlah saudaraku, mencintai seseorang kerana ALLAH, hakikatnya mereka sangat MENCINTAI ALLAH.

v) ALLAH telah menjanjikan KEMANISAN IMAN apabila memperolehi cinta keranaNYA, mendapat NAUNGAN ARASYNYA di akhirat, serta bersama-sama dengan orang yang dicintai menikmati KEINDAHAN SYURGANYA kelak.


Wallahu'alam.


p/s:-moga ALLAH memberi Taufiq dan pertolonganNYA agar kita BENAR-BENAR JUJUR mencintai sesiapa sahaja keranaNYA.

~15 PINTU SYAITAN YANG ADA DALAM DIRI KITA~




Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamu'alaikum sahabat-sahabat...pada hari ini saya nak kongsi sikitlah ye...dalam diri kita ini sebenarnya terdapat 15 pintu syaitan...tahu tak apakah pintu-pintu tersebut??


inilah antara-antara pintunya...:-


- pintu kemarahan
- cinta akan dunia yang fana' ini
- kebodohan ( seseorang itu enggan untuk menghadiri majlis ilmu)
- suka panjang angan-angan
- rakus
- bakhil (kedekut)
- suka dan mengharapkan akan pujian orang lain
- riak (tidak ikhlas menunaikan amal ibadat dan mengharapkan pujian orang)
- u'jub (berasa amat bangga dan kagum dengan diri sendiri)
- takut dan sentiasa rasa gelisah
- buruk sangka
- memandang rendah pada orang lain
- merasa suka akan dosa yang dilakukan
- merasa aman daripada pembalasan Allah s.w.t
- putus asa daripada rahmat Allah s.w.t


Seperti yang kita tahu setiap perkara yang buruk ada cara untuk menghalangnya...

inilah senjata untuk menghalang syaitan...


- membaca basmalah (menjadi kunci pada perbuatan baik)
- memperbanyakkan berzikir
- sentiasa beristigfar
- amalkan dan bacalah "la ila ha illa anta subha naka inni kuntumminaz zoli min''
- jangan suka tidur berseorang
- baca doa pagi dan petang
- bersugi
- melaksanakan solat jemaah
- berwudhuk sebelum tidur
- sentiasa menutup aurat
- membaca doa masuk tandas dan keluar tandas
- banyakkan berselawat
- bertaubat
- memperbanyakkan baca al-Quran
- membaca surah Yassin setiap pagi


" Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh nyata bagimu, maka anggaplah ia musuh (mu), kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala''


(Fathir: 6)


p/s:-Tanamkanlah ''senjata-senjata'' ini dalam diri dan hati kita...kerana ia bukan sahaja boleh halangkan kita daripada syaitan...tetapi boleh mengeratkan dan merapatkan hubungan kita kepada Allah s.w.t...insya-Allah... 

~KAFARAH DOSA~





Assalamu'alaikum...adakah kita tahu apakah itu kafarah dosa?? 

Pernah dahulu di suatu ketika di mana Rasulullah bertanya kepada seorang Badwi...

Rasulullah: Pernah rasa panas bawah kulit(demam)?
Badwi: Tidak.
Rasulullah: Pernah rasa sakit kepala?
Badwi: Tidak.
Badwi itu pun berlalu pergi.
Bersabda Rasulullah kepada sahabat: Itulah ciri-ciri ahli neraka.



Sesungguhnya sakit, musibah, ujian itu adalah kafarah dosa...maka, apabila kita ditimpa perkara-perkara ini iaitu sakit, musibah dan ujian...

ucapkanlah Alhamdulillah dan Innalillahiwainnailaihirojiun
dan Allah s.w.t akan membina sebuah rumah untuk kita di syurga kelak...subhanallah...


Jadi, 
mampukah kita tersenyum dan mengucapkan Alhamdulillah tatkala kita sering diberi ujian dari Allah s.w.t??? 
Maka, katakanlah di dalam dasar hati kita, 
Insya-Allah aku boleh...

Apabila kita ditimpa masalah, 
jangan sesekali kita mengeluh...
apabila kita tersungkur ataupun jatuh, janganlah kita salahkan batu atau jalan yang buatkan kita tersungkur...apabila kita jatuh sakit, janganlah sesekali kita marah kepada Allah s.w.t...



p/s:- Setiap perkara itu adalah ujian dari Allah s.w.t...itu menunjukkan bahawa Allah s.w.t sayang pada kita...bersabar dan redha kepada Allah s.w.t...

~CARA MENJAWAB KIRIMAN SALAM DENGAN BETUL~


Cara menjawab kiriman salam dengan betul??? Macam mana tu??? Selama ni salah ke cara kita jawab???

:-)...kebanyakkan muslim dan muslimah menjawab kiriman salam dengan "waalaikumussalam"...terdapat kesalahan berlaku di situ...

Izharnya, jelas di dalam hadis Nabi s.a.w, Nabi mengajarkan apabila ada orang kirim salam pada kita maka kita hendaklah menjawab "wa'alaika wa'alaihissalam" kerana maknahu(maksudnya) "dan juga kepada kamu dan juga kepada dia selamat sejahtera"...

Sekiranya kita menjawab ''waalaikumussalam" yang maknahu "salam sejahtera kepada kamu''...seolah-olah kita menjawab salam orang yang sampaikan salam kepada kita...padahal orang lain minta tolong sampaikan salamnya kepada kita...

Dan di sini cara menjawabnya :-

-Pengirim salam seorang lelaki, pembawa seorang lelaki 

"wa'alaika wa'laihissalam''

-Pengirim salam seorang lelaki, pembawa seorang wanita

''wa'alaiki wa'laihissalam''



-Pengirim salam seorang perempuan, pembawa seorang perempuan

''wa'alaiki wa'alaihassalam''



-Pengirim salam seorang perempuan, pembawa seorang lelaki

''wa'alaiki wa'alaihissalam''


Akhir kata marilah kita perbetulkan cara kita menjawab kiriman salam dan amalkannya kulla yaum(setiap hari)...semoga kita dapat mengamalkannya dan dipermudahkan oleh Allah...insya-Allah...:-)

~SAAT-SAAT KEMATIAN~





Dikisahkan ketika Allah mencipta Al-Maut (kematian) dan menyerahkan kepada Izrail, maka berkata malaikat Izrail, “Wahai Tuhanku, apakah Al-Maut itu?”. Maka Allah menyingkap rahsia Al-Maut itu dan memerintah seluruh malaikat menyaksikannya. Setelah seluruh malaikat menyaksikannya Al-Maut itu, maka tersungkurlah semuanya dalam keadaan pengsan selama seribu tahun. Setelah para malaikat sedar kembali, bertanyalah mereka, “Ya Tuhan kami, adakah makhluk yang lebih besar dari ini?” Kemudian Allah SWT berfirman: “Akulah yang menciptakannya dan Akulah yang lebih agung daripadanya. Seluruh makhluk akan merasakan Al-Maut itu”.

Kemudian Allah memerintahkan Izrail mengambil Al-Maut. Walau bagaimanapun, Izrail khuatir jika tidak terdaya untuk mengambilnya sedangkan Al-Maut lebih agung daripadanya. Kemudian Allah memberikannya kekuatan, sehinggalah Al-Maut itu menetap di tangannya. Malaikat Izrail diberi kemampuan yang luar biasa oleh Allah hingga barat dan timur dapat dijangkau dengan mudah olehnya.




100 hari sebelum kematian Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

40 hari sebelum kematian Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
7 hari sebelum kematian – Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.
3 hari sebelum kematian – Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari sebelum kematian – Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Hari kematian – Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.




Baginda Rasullullah S.A.W bersabda, “Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu”.

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi, “Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail. Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya”.


p/s:-Sama-sama kita renungkan. ^^,

~KEMATIAN~






Disaat seorang HAMBA menyembahyangkan JENAZAH, beliau bertanya pada dirinya :
“Bilakah giliranku untuk DISOLATKAN? Adakah aku sudah BERSEDIA?”
~✿..Hidup di dunia SEBENTAR sahaja, KEMATIAN itu pasti menjelma.. hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui, cuba kita amati.. MENGAPA kebanyakan orang yang NAZAK, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'SAKARATUL MAUT'..✿~

>>> Mohon kepada Allah supaya lidah ini TIDAK KELU semasa nyawa kita sedang DICABUT.. 
"Ya Allah! Anugerahkanlah KEMATIAN kami dengan kematian yang baik lagi MULIA, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "لا إله الله محمد رسول الله" semasa sakaratul maut menghampiri kami..amin.."

~NOTA IMTIYAZ 2~


~Ada yang menyakiti hatimu?
~ Ada yang mengecewakanmu ?
~ Ada yang membuatmu menangis ? 
~ Ada yang berbohong padamu ? 
~ Ada yang berjanji padamu tapi tidak ditepati ? 
... 
^ Always KEEP SMILE !! ^ 

~ Mungkin dia tidak sedar jika telah membuatmu sakit hati 
~ Mungkin dia tidak tahu telah mengecewakanmu 
~ Mungkin dia belum dapat memahami tentang isi hati seseorang 
~ Mungkin dia belum belajar tentang semua itu 
~ Mungkin dia belum mengerti bagaimana rasanya sakit, kecewa dan dibohongi serta diingkari.... 

p/s:- Tetaplah BERFIKIR POSITIF dan BERPRASANGKA BAIK

Thursday, 29 August 2013

~NOTA IMTIYAZ 1~



Untuk melihat negara kita pada masa depan,
LIHATLAH anak muda kita pada hari ini. 
>>>Jika AGAMA ISLAM &
 SYARIAT ALLAH menjadi pegangan, 
maka amanlah negara itu dari kemurkaan ALLAH.

>>>jika sebaliknya,
maka ingatlah sesungguhnya 
ALLAH TIDAK PERNAH MEMUNGKIRI janjiNYA. 

kerna dalam ALQURAN, 
ALLAH telah mengingatkan kita 
supaya mengambil iktibar 
dari umat sebelum kita. 

(makna kata yg DISIKSA dan DIAZAB 
atas sebab melakukan 
perkara yg membawa kepada 
KEMURKAAN ALLAH...)


wallahu'alam. =')

~TIPS UNTUK TENANGKAN DIRI~



Hari ini, ambil masa sendiri & pergi ke tempat sunyi di mana yang ada hanya pepohon rimbun, sungai atau ke mana sahaja yang kita mampu dengar 'SUARA MEREKA' melaui deru angin.

Lebih indah... 

jika dengan suara kicau burung. Dengar itu semua. JANGAN BERSUARA. Sudah? 

Sekarang DZIKIR dalam HATI. Teruskan. Akan sampai masanya kamu akan rasa segala BUNYIAN ALAM yang kamu dengar itu juga TURUT BERDZIKIR. 

Indah. Sungguh. Simfoni yang terhasil itu MENDAMAIKAN. 

Itu lagu kamu. Itu lagu aku. Maka 'menyanyilah' dengan mereka dengan ingatan padaNya. 



~Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar~ 

p/s:- KETENANGAN DIRI diperolehi apabila kita mengingati ALLAH di mana sahaja kita berada.InsyaALLAH.