Friday, 30 August 2013

~KAFARAH DOSA~





Assalamu'alaikum...adakah kita tahu apakah itu kafarah dosa?? 

Pernah dahulu di suatu ketika di mana Rasulullah bertanya kepada seorang Badwi...

Rasulullah: Pernah rasa panas bawah kulit(demam)?
Badwi: Tidak.
Rasulullah: Pernah rasa sakit kepala?
Badwi: Tidak.
Badwi itu pun berlalu pergi.
Bersabda Rasulullah kepada sahabat: Itulah ciri-ciri ahli neraka.



Sesungguhnya sakit, musibah, ujian itu adalah kafarah dosa...maka, apabila kita ditimpa perkara-perkara ini iaitu sakit, musibah dan ujian...

ucapkanlah Alhamdulillah dan Innalillahiwainnailaihirojiun
dan Allah s.w.t akan membina sebuah rumah untuk kita di syurga kelak...subhanallah...


Jadi, 
mampukah kita tersenyum dan mengucapkan Alhamdulillah tatkala kita sering diberi ujian dari Allah s.w.t??? 
Maka, katakanlah di dalam dasar hati kita, 
Insya-Allah aku boleh...

Apabila kita ditimpa masalah, 
jangan sesekali kita mengeluh...
apabila kita tersungkur ataupun jatuh, janganlah kita salahkan batu atau jalan yang buatkan kita tersungkur...apabila kita jatuh sakit, janganlah sesekali kita marah kepada Allah s.w.t...



p/s:- Setiap perkara itu adalah ujian dari Allah s.w.t...itu menunjukkan bahawa Allah s.w.t sayang pada kita...bersabar dan redha kepada Allah s.w.t...

No comments:

Post a Comment