Cara menjawab kiriman salam dengan betul??? Macam mana tu??? Selama ni salah ke cara kita jawab???
:-)...kebanyakkan muslim dan muslimah menjawab kiriman salam dengan "waalaikumussalam"...terdapat kesalahan berlaku di situ...
Izharnya, jelas di dalam hadis Nabi s.a.w, Nabi mengajarkan apabila ada orang kirim salam pada kita maka kita hendaklah menjawab "wa'alaika wa'alaihissalam" kerana maknahu(maksudnya) "dan juga kepada kamu dan juga kepada dia selamat sejahtera"...
Sekiranya kita menjawab ''waalaikumussalam" yang maknahu "salam sejahtera kepada kamu''...seolah-olah kita menjawab salam orang yang sampaikan salam kepada kita...padahal orang lain minta tolong sampaikan salamnya kepada kita...
Dan di sini cara menjawabnya :-
-Pengirim salam seorang lelaki, pembawa seorang lelaki
"wa'alaika wa'laihissalam''
-Pengirim salam seorang lelaki, pembawa seorang wanita
''wa'alaiki wa'laihissalam''
-Pengirim salam seorang perempuan, pembawa seorang perempuan
''wa'alaiki wa'alaihassalam''
-Pengirim salam seorang perempuan, pembawa seorang lelaki
''wa'alaiki wa'alaihissalam''
Akhir kata marilah kita perbetulkan cara kita menjawab kiriman salam dan amalkannya kulla yaum(setiap hari)...semoga kita dapat mengamalkannya dan dipermudahkan oleh Allah...insya-Allah...:-)
Assalamu'alaikum.. tumpang tanya ckit. Macam mana cara untuk jawab kalau pengirim seorang perempuan dan pembawa pula seorang yg non muslim
ReplyDeletepengirim dan pembawa tu , keduanya non muslim atau pembawa sahaja yg non-muslim ?
Deletepd pendapat sy.. sebaiknya jawab salam tersebut didalam hati shaja sambil senyum pada si pembawa yg non-muslim. menunjukkan awk terima salam tersebut.. tu pendapat sy je .. xde kesahihan pun.. mungkin berguna sementara tunggu pihak sebetulnya menjawab.😅
Assalamu'alaikum.. tumpang tanya ckit. Macam mana cara untuk jawab kalau pengirim seorang perempuan dan pembawa pula seorang yg non muslim
ReplyDeleteBerbyk t. kasih atas perkongsian. Maaf ye, tapi no. 2 & 4 sama. Mungkin ada typo error.
ReplyDeletehaa la. No 4 tu spatotnya
DeleteWa'alaika wa'alaihassalam
Betul2..
Deletesy rasa no 2 yg error..wa'alaika wa'alaihassalam
Deletepengirimi lelaki pembawa wanita
Kalau gitu, sama pulak dgn nombor 1?
ReplyDeleteEh x sama.. Cer tgk Betoi2.. No 1 tu betul dah.. No. 4 tu salah sikit.. Typo kot..
DeleteRasanya ada kesilapan sedikit..
ReplyDeleteKita faham gini..
Kalau penyampai Salam lelaki.. Wa'alaika
Kalau penyampai Salam perempuan.. Wa'alaiki
OK.. Kemudian kalumah belakangnya,
Kalau pengirim Salam lelaki.. Wa'alaihissalam
Kalau pengirim Salam perempuan.. Wa'alaihassalam
Betul. Utk mudah faham.
Deletemksudnya no 2 wa'alaika wa'alaihassalam...kan?
DeleteJawab cara xboleh ker kata islam memudahkan..
ReplyDeletemudah sebenarnya jika kita bukak hati utk terima ilmu selain yg kita dah ada.. sbb ilmu Allah tu luas.. kalau kita dok takat yg kita ada ni jaa.. xrasa nak terima atau belajar lagi ape yg kita xtahu.. mmg kita rugi lah.. ye mmg boleh jawab waalaikmssalam.. tp dr segi maksud salam tu dia macam lari sikit laa .
Deletemacam contoh encik tanya sy nama sy apa , sy jawab bintu murad .. maksudnya "sy anak murad" kan xberapa nak betul jawab nya tu walaupun betul laa ayah sy nama murad ..
jelas x penerangan sy? maaf kalau kata2 sy ada yg mengguris hati.. sy cuma mencuba utk fahamkan sesetengah orang.. bukan awk je yg fikir camtu.. ramai jugak tanya sy camtu.. sy jawab jugak macam ni.. kalau boleh terima .. ok go on.. kalau xleh.. abaikan je .. .terima kasih .. assalamualaikum
Ya, yg akhir tu ganti nama terbalik,sepatutnya wa'alaika wa'alaihassalam
ReplyDeleteCmne nk jwb yg menyampaikn sorg prmpuan membawa dalam dr skmpulan org lelaki & prmpuan..
ReplyDeleteSalam .. boleh jelas kan Hadis yg mana sebagai rujukan
ReplyDeleteBeliau menceritakan bahawa Nabi SAW bersabda kepadanya:
ReplyDeleteيَا عَائِشَةُ هَذَا جِبْرِيلُ يَقْرَأُ عَلَيْكِ السَّلاَمَ، فَقُلْتُ: وَعَلَيْهِ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللَّهِ. وَهُوَ يَرَى مَا لاَ أَرَى
Maksudnya: “Wahai Aisyah, ini Jibril. Dia mengucapkan salam kepadamu.” Lalu aku menjawab: “وَعَلَيْهِ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللَّهِ” (Dan ke atasnya keselamatan dan rahmat Allah).” Nabi SAW melihat apa yang tidak aku lihat.”[5]